

Koperasi Elite Berhad beroperasi dengan komitmen penuh terhadap pematuhan perundangan Malaysia dan piawaian kawal selia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sebagai entiti berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993, setiap aktiviti pengurusan, pelaburan dan operasi koperasi dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang, garis panduan serta amalan tadbir urus yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Koperasi ini menawarkan peluang penyertaan dalam sebuah platform ekonomi yang dibangunkan berasaskan aset sebenar, tadbir urus profesional dan strategi pertumbuhan jangka panjang. Dengan penglibatan dalam sektor perniagaan strategik seperti peruncitan, perindustrian dan hartanah, koperasi ini komited membina nilai yang mampan kepada anggotanya melalui pendekatan yang berdisiplin dan beretika.





PROJEK-PROJEK 2026
Projek ini menelan belanja sekitar RM14juta dikhaskan untuk mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan aktiviti ekonomi setempat dan mampu merangsang pertumbuhan industri kerajaan Malaysia secara keseluruhannya.
Hasrat Mart telah beroperasi di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan merancang mahu membuka 100 buah cawangan lagi di seluruh Kelantan dan semenanjung Malaysia.
Projek ini diwujudkan untuk memberi akses tunai segera berlandaskan prinsip patuh syariah dan bertujuan menyokong Ahli-Ahli Koperasi dalam situasi kecemasan kewangan.
Operasi di seluruh Semenanjung Malaysi bermula Mei 2026.
Peruntukan modal sebanyak RM23juta untuk membangunkan projek-projek perumahan mampu milik. Keutamaan pemilikan hartanah mampu milik diberi kepada Ahli-Ahli Koperasi Elite Berhad.
Soalan Lazim
1. Apakah Koperasi Elite Berhad?
Koperasi Elite Berhad ialah sebuah koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 yang ditubuhkan bagi memperkukuh kesejahteraan ekonomi anggotanya melalui penglibatan dalam sektor perindustrian, peruncitan, hartanah dan inisiatif ekonomi strategik lain.
2. Siapakah yang boleh menjadi ahli?
Keahlian adalah sangat TERHAD. Namun, permohonan sebagai Ahli Koperasi boleh dibuat melalui di sini dan tertakluk kepada proses penilaian serta kelulusan yang ditetapkan.
3. Mengapa menyertai Koperasi Elite Berhad?
Koperasi menyediakan platform penyertaan ekonomi berasaskan asset sebenar, tadbir urus profesional serta komuniti Ahli-Ahli yang berorientasikan pembangunan nilai bersama; menjamin kebajikan, manfaat kewangan dan peningkatan taraf hidup.
3. Nyatakan potensi Koperasi Elite Berhad dalam bentuk figuratif. Mampukah Koperasi Elite mencapai sasaran keuntungan tahun ini?
Tahun 2026 menandakan langkah strategik Koperasi melalui tiga projek utama — Kilang Ais Batu, Elite Ar-Rahnu dan Elite Property.
Dengan potensi pulangan dianggarkan melebihi RM45Juta sebelum 2027, inisiatif ini membuka peluang nilai tambah yang signifikan kepada Ahli-Ahli Koperasi serta memperkukuh kedudukan Koperasi dalam industri berpotensi tinggi.



.png)



